Dipenjara 6 bulan kerana mencuri

Dipenjara 6 bulan kerana mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160916_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Seorang lelaki tempatan dijatuhi enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan mencuri.

Mohd Saufiq Firdaus bin Haji Mohd Yussof, 20, mengaku bersalah kerana mencuri telefon pintar serta pengecas; power bank; wang tunai $5; kad tambah nilai Easi bernilai $5 dan penutup rokok.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Bukit Bilit, Bukit Beruang pada 6 Jun 2016 sekitar jam 2 pagi.

Fakta kes menyebut, Mohd Saufiq memasuki rumah itu melalui pintu dapur yang tidak mempunyai tombol dan mencuri barang-barang tersebut di ruang tamu.

Pemilik rumah yang berada di ruang tamu ketika itu telah ternampak seseorang baru sahaja keluar dari rumahnya sebaik terjaga daripada tidur. Mangsa terus membuat laporan polis, dan tertuduh hanya diberkas pada 13 September 2016.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman tertuduh bermula, hari ini.