Dipenjara akibat curi kereta

Dipenjara akibat curi kereta

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160728_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara ke atas dua orang lelaki, masing-masing warga tempatan dan penduduk tetap kerana mencuri sebuah kereta.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhi 16 bulan penjara ke atas Mohd Nazib bin Haji Ibrahim, 33, dan 12 bulan penjara terhadap Benjamin bin Haji Junaidi, 39, kerana mencuri sebuah kereta salun milik Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dari kawasan letak kereta JPMC antara 30 Jun dan 1 Julai 2016.

Menurut fakta kes, Benjamin yang bekerja sebagai pemandu di JPMC telah mengambil kunci kereta tersebut daripada peti kunci di pejabat pemandu JPMC, dan membuat salinan kunci yang kemudian diberikan kepada Mohd Nazib.

Ketika Benjamin cuba mengalih perhatian pengawal keselamatan yang bertugas, Mohd Nazib mengambil peluang itu untuk memandu keluar kereta yang dicuri.

Mohd Nazib memandu kereta itu ke Miri dan menyerahkan kepada rakannya disana di mana mereka bersetuju untuk menjual kereta itu pada harga RM4,000.

Polis masih belum menemui semula kereta itu.

ARTIKEL YANG SAMA