Dipenjara akibat gagal bayar denda

Dipenjara akibat gagal bayar denda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160830_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Sorang lelaki tempatan terpaksa meringkuk di penjara selama sebulan bermula hari ini, apabila gagal membayar denda $1,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki peralatan mengambil dadah.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Norazmi bin Sungkai, 34, yang mengaku bersalah memiliki peralatan tersebut di Kampung Bebuloh, pada 26 April 2014 sekitar jam 5:20 pagi.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi memaklumkan mahkamah, peralatan mengambil dadah yang dirampas daripada tertuduh selepas dianalisis didapati mengandungi kesan Methylamphetamine.

ARTIKEL YANG SAMA