Dipenjara akibat gagal bayar denda rokok

Dipenjara akibat gagal bayar denda rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161005_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Suasana Mahkamah Majistret di sini riuh dengan tangisan ahli keluarga lima orang adik-beradik dan dua sepupu mereka apabila diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara bermula hari ini, selepas gagal membayar denda dalam tempoh yang diberikan atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Siti Nuur Nadiah @ Putri binti Hamid, 21, diperintahkan untuk menjalani tiga bulan penjara kerana gagal membayar denda $3,500 atas kesalahan memiliki 87 paket rokok.

Siti Nureyislawalti binti Hamid, 36, akan menjalani empat bulan penjara apabila gagal membayar denda $4,000 atas dakwaan memiliki 115 paket rokok.

Siti Nada Nadirah @ Biebie binti Hamid, 24, Arnie Linah Merdianah binti Haji Tajuddin, 27, dan Siti Muna Rahmat @ Muna Rahmah binti Hamid, 25, masing-masing menjalani enam bulan penjara sebaik gagal membayar denda $6,000 atas pertuduhan memiliki 191, 194 dan 189 paket rokok setiap seorang.

Mohammad Haslan bin Mohd Said, 31, pula akan meringkuk di penjara selama lima bulan selepas gagal membayar denda $5,500 atas kesalahan memiliki 169 paket rokok.

Heronne bin Hamid, 34, yang terdahulu didakwa memiliki 137 paket rokok akan menjalani empat bulan penjara kerana gagal membayar denda $4,500.

Kesemua mereka pada sebutan Jun lalu telah diberi tempoh empat bulan oleh Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli untuk membayar denda itu atas kesalahan memiliki rokok-rokok itu di sebuah rumah di Simpang 63, Perpindahan Lambak Kanan pada 20 November 2014.

ARTIKEL YANG SAMA