Dipenjara akibat memotong alat sulit kekasih isteri

Dipenjara akibat memotong alat sulit kekasih isteri

TOKYO, 5 Julai – Bekas petinju yang memotong hingga putus alat sulit kekasih isterinya menggunakan sebilah gunting yang kemudian memasukkannya ke lubang tandas telah dipenjarakan di Jepun hari ini.

Ikki Kotsugai, 25, menjalankan serangan “ganas” pada Ogos 2015 apabila dia memecah masuk ke pejabat seorang peguam yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Kotsugai, bekas petinju dan pelajar undang-undang, menjadi marah selepas tersilap mempercayai isterinya telah dipaksa untuk tidur dengan bosnya di sebuah firma undang-undang, apabila dalam realitinya hubungan sulit itu adalah atas dasar suka sama suka, kata hakim di Mahkamah Daerah Tokyo, menurut Jiji Press.

Akhbar harian Sankei Shimbun melaporkan bahawa isteri Kotsugai telah berdusta mengatakan bahawa dia dipaksa untuk melakukan hubungan seksual dengan peguam itu.

Dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan enam bulan hari ini yang dipengerusikan oleh hakim Kazunori Karei.

“Kecederaan yang tidak boleh disembuhkan telah dialami,” Karei memberitahu mahkamah, menurut Jiji, menggelar jenayah itu “amat berbahaya dan ganas.”

Kotsugai sejak kejadian meminta maaf kepada mangsa, yang juga meminta maaf kerana mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, menurut laporan Sankei. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA