Dipenjara gagal bayar denda

Dipenjara gagal bayar denda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Seorang lelaki Indonesia diarahkan untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas dia gagal membayar denda $12,000 atas kesalahan memiliki rokok dan botol arak yang tidak dikenakan cukai.

Aris Efendi, 34, berdepan dakwaan memiliki 31 karton rokok dan sembilan botol arak di kawasan ladang ternakan di Kampung Menengah, Temburong pada 16 Disember 2015 kira-kira jam 9:55 pagi.

pg06_151219_mahkamah logo2

Fakta kes menyebut, pegawai pencegah kastam yang bertindak atas maklumat orang ramai telah menahan defendan apabila mendapati dia memiliki barang tegahan tersebut.

Defendan memberitahu rokok dan minuman arak itu dibelinya daripada seorang lelaki berbangsa Murut pada harga $400.

ARTIKEL YANG SAMA