Dipenjara kerana ‘penipuan imigresen seumur hidup’

Dipenjara kerana ‘penipuan imigresen seumur hidup’

WELLINGTON, 1 Ogos – Seorang lelaki Fiji yang dianggap sebagai seorang ‘penipu bersiri imigresen’ dipenjarakan 30 bulan di New Zealand, menurut pegawai imigresen hari ini.

Raymond Claudius dipenjarakan atas tiga kesalahan memberikan maklumat palsu atau mengelirukan dalam permohonan visa, menurut seorang hakim di Mahkamah Daerah Christchurch, menambah, bahawa dia merupakan seorang ‘penipu imigresen seumur hidup,’ berdasarkan kenyataan daripada agensi Imigresen New Zealand.

Ia menggariskan bagaimana Claudius menggunakan beberapa nama untuk masuk dan keluar dari New Zealand. Dilahirkan di Fiji dan asalnya dikenali sebagai Bal Krishna, Claudius pindah ke Australia pada awal usia dewasanya sebelum dihantar pulang, menurut kenyataan itu.

Kembali di Fiji, Claudius disabitkan beberapa kesalahan tidak jujur sebelum dia menaiki kapal ke New Zealand dalam 1987, di mana dia tinggal selama dua tahun atas pelbagai nama untuk bersembunyi daripada pihak berkuasa.

Dia akhirnya dijejaki dan dihantar pulang ke Fiji dalam 1989.

Sekembalinya ke Fiji, dia menukar namanya dengan undian ihsan kepada Raymond Claudius dan membuat perjalanan ke New Zealand dalam 2007 di bawah nama barunya.

Dalam 2015, masa silam menghantuinya apabila pegawai Imigresen New Zealand menyoalnya dan tahap penipuannya dibongkar.– Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA