Dipenjara masuk Brunei setelah diusir

Dipenjara masuk Brunei setelah diusir

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160405_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April – Seorang wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan masuk dan tinggal di Brunei Darussalam setelah diusir pada Julai 2015.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan hukuman ke atas Nguyen Thi Dong, 37, berkuat kuasa hari ini.

Defendan memberitahu mahkamah, dia masuk semula ke negara ini kerana ingin menjual barang-barangnya termasuk keretanya.

Fakta kes menyebut, defendan diberkas oleh pegawai imigresen yang membuat pemeriksaan di salah sebuah restoran di Kampung Salambigar pada 28 Mac 2016.

Dia yang memegang pas lawatan telah didapati bekerja di restoran itu.

Siasatan seterusnya mendapati nama defendan disenarai hitam sebagai pendatang yang ditegah masuk ke negara ini setelah diusir keluar atas kesalahan di bawah Seksyen 33 Akta Imigresen.

Defendan didapati masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 25 November 2015 dengan menggunakan pasport di bawah nama Nguyen Thi Hang.

ARTIKEL YANG SAMA