Dipenjara selepas gagal bayar denda

Dipenjara selepas gagal bayar denda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Seorang lelaki warga tempatan terpaksa meringkuk dalam penjara selama 12 bulan selepas gagal membayar denda $40,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki 119 karton rokok yang tidak diisytiharkan.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Solehin bin Roslan, 29, yang mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki rokok-rokok itu di kediamannya di Kampung Bolkiah pada 22 Jun 2015 kira-kira jam 10:25 pagi.

pg06_160322_mahkamah logo2

Fakta kes menyebut, pegawai kastam yang bertindak atas maklumat orang ramai itu menemui rokok-rokok disimpan dalam plastik dan kotak di bilik tidur rumah tersebut.

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu di Limbang untuk dijual. Cukai untuk kesemua rokok itu ialah $5,920.

ARTIKEL YANG SAMA