Diplomat AS bantah dasar Obama

Diplomat AS bantah dasar Obama

WASHINGTON, 19 Jun (AFP) – Diplomat AS menentang dasar Syria yang diperkenalkan oleh Barack Obama, tetapi perubahan radikal tidak mungkin berlaku pada akhir penggal presidennya.

Lebih daripada 280,000 orang telah terbunuh. Berjuta-juta lagi telah melarikan diri daripada rumah mereka. Bunyi bom berangkai, bom tong, bom kimia, pembunuhan, rogol dan penyeksaan telah memusnahkan sebahagian besar kawasan Syria.

Bantuan kemanusiaan ada kalanya sukar sampai ke bandar yang terjejas, namun apabila ia tiba, rejim Presiden Bashar al-Assad memastikan pengeboman ‘hukuman’menyusuli.

“Tindakan rejim Assad bercanggahan dengan definisi kesusilaan manusia,” kata seorang pegawai AS.

Terdapat tanda-tanda tidak menyenangkan bahawa rejim sedang bertindak menghapus pengeluaran makanan.

Di Syria, “anda fikir anda telah sampai ke tahap paling teruk dan seterusnya anda terdengar bunyi cakar dari bawah,” kata seorang lagi pegawai.

Pentadbiran Obama telah menegaskan hanya Assad – dan penaja Rusia dan Iran – yang boleh menamatkan kegilaan ini.

Namun diplomat tertinggi sendiri mengakui bahawa kegagalan mereka untuk menghentikan pembunuhan selama lima tahun telah mencabar hati nurani mereka.

Mereka berkata apa sahaja yang berlaku seterusnya, Syria akan meninggalkan kesan yang tidak dpaat dikikis ke atas perkhidmatan awam mereka.