Diplomat AS, Korea U hadiri forum keselamatan

Diplomat AS, Korea U hadiri forum keselamatan

BEIJING, 22 Jun (AP) – Para diplomat dari Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara menghadiri forum keselamatan enam negara selama enam hari di Beijing hari ini, dalam peluang yang jarang sekali muncul bagi perhubungan antara mereka selepas Korea Utara didakwa melancarkan peluru berpandu balistik baru.

Di sebalik kehadiran mereka pada forum itu, Jabatan Negara AS berkata tidak ada rancangan bagi rundingan langsung antara wakil khas AS bagi dasar Korea Utara Sung Kim, dan timbalan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal AS Kementerian Luar Korea Utara, Choe Son Hui.

Persidangan itu disifatkan sebagai forum pelbagai hala yang melibatkan pembentuk dasar peringkat tertinggi, para kementerian pertahanan, para pegawai tentera, dan para penyelidik dari China, Jepun, Korea Utara dan Korea Selatan, Rusia dan AS.

Negara-negara yang menyertai telah pernah selama bertahun-tahun terlibat dalam rundingan berhubung perlucutan nuklear Korea Utara yang terbantut pada tahun 2008.

Terdapat beberapa prospek perolehan rundingan di tengah cubaan kerajaan Kim Jong Un untuk memperlihatkan negara itu sebagai negara nuklear dan meningkatkan ketegangan ekoran ujian nuklear dan pelancaran roket Korea Utara yang mengundang sekatan keras.

AS dan rakannya mahu Pyongyang komited semula pada penamatan senjata nuklear sebelum memulai semula rundingan.

ARTIKEL YANG SAMA