Diplomat Korea U diusir dari Afrika Selatan

Diplomat Korea U diusir dari Afrika Selatan

JOHANNESBURG, 24 Dis (AFP) – Seorang diplomat Korea Utara telah diusir dari Afrika Selatan kerana dipercayai melakukan perdagangan haram tanduk badak, menurut jurucakap kementerian luar negeri Afrika Selatan hari ini.

“Kami boleh mengesahkan yang diplomat itu telah diusir. Dia sudah meninggalkan negara itu pada 11 Disember,” kata Nelson Kgwete memberitahu AFP.

Kgwete mengatakan diplomat berkenaan telah ditangkap di negara jiran Mozambique pada Mei atas dakwaan berkaitan penyeludupan tanduk badak.

Pada waktu penangkapan, dia didapati memandu sebuah kenderaan dengan pendaftaran diplomatik Afrika Selatan.

Berita News24 Afrika Selatan mengatakan diplomat itu ditangkap selepas 4.5kg tanduk badak dan wang tunai sebanyak AS$99,300 ditemui dalam keretanya. Laman web itu menambah, polis Mozambique membebaskan lelaki itu dengan jaminan AS$30,000.

ARTIKEL YANG SAMA