Diplomat Pakistan rancang lawat India

Diplomat Pakistan rancang lawat India

ISLAMABAD, 16 Nov – Pegawai hal ehwal tertinggi Pakistan telah berkata beliau merancang melawat India pada bulan depan untuk menghadiri persidangan serantau, lawatan profil tinggi pertama sejak ketegangan meningkat di antara musuh ketat selepas serangan ke atas pangkalan tentera India.

Sartaj Aziz, penasihat kepada perdana menteri Pakistan Nawaz Sharif dan menteri luar de facto, berkata beliau akan menghadiri persidangan Nadi Asia mengenai Afghanistan, yang akan dianjurkan oleh India pada Disember, ‘untuk meredakan ketegangan’.

“Kami mahu membuktikan bahawa Pakistan menyokong proses berbilang hala dengan menghadiri Persidangan Nadi Asia memandangkan Afghanistan merupakan keutamaan kami,” beritahu beliau kepada wartawan di Islamabad semalam.

Masih tidak jelas sama ada beliau akan mengadakan mana-mana rundingan dua hala dengan pegawai India ketika lawatan.

Keputusan itu keluar selepas ketegangan yang meningkat berbulan-bulan lamanya di antara negara jiran yang dicetuskan oleh serangan pada September ke atas pangkalan India di Kashmir, yang membunuh 19 tentera dan di mana New Delhi menyalahkannya ke atas militan di Pakistan.

Ketegangan mencecah tahap genting apabila India berkata ia telah bertindak balas terhadap serangan dengan melancarkan ‘serangan pembedahan’ di sempadan yang dikawal ketat, sekali gus mencetuskan reaksi marah dari Islamabad, yang menafikan serangan berlaku.

Terdapat kejadian tembak-menembak yang berulang-ulang antara sempadan, dengan kedua-dua pihak melaporkan kematian dan kecederaan termasuk orang awam.

India juga berusaha memulaukan Pakistan selepas serangan militan, menarik diri daripada satu sidang kemuncak Asia Selatan yang dijangka diadakan di Islamabad pada November dalam penghinaan besar.

Negara lain yang dijadualkan menghadiri sidang kemuncak Persatuan Asia Selatan untuk Kerjasama Serantau (SAARC) menyertai sama, akhirnya memaksa Islamabad membatalkannya. – AFP