Diplomat Sepanyol ditemui mati di Islamabad

Diplomat Sepanyol ditemui mati di Islamabad

ISLAMABAD, 13 Okt – Polis Pakistan berkata seorang diplomat Sepanyol telah ditemui mati di rumahnya di Islamabad dalam apa yang pihak berkuasa mengesyaki bunuh diri.

Pegawai polis Iftikhar Chatha hari ini berkata bahawa lelaki berusia 60 tahun itu ditemui di dalam bilik tidurnya oleh pembantu rumah dengan pistol di sisinya.

Seorang doktor di Hospital Perkhidmatan Kerajaan Persekutuan Islamabad berkata lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan tembakan di kepala. Tetapi doctor berkata tidak ada pengesahan pasti sama ada kematian itu adalah bunuh diri sehingga bedah siasat dilakukan.

Tiada tindak balas segera diperolehi daripada Kedutaan Sepanyol. – AP

Sebuah Ambulans yang membawa mayat seorang diplomat Sepanyol berada di sebuah klinik di Islamabad, Pakistan, kelmarin. – AP
Sebuah Ambulans yang membawa mayat seorang diplomat Sepanyol berada di sebuah klinik di Islamabad, Pakistan, kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA