Dipukul, hanya kerana tisu

Dipukul, hanya kerana tisu

TURKI, 29 Julai (Agensi) – Gambar seorang budak lelaki pelarian Syria yang dipukul beberapa pekerja restoran di bandar ini kerana menjual tisu mencetuskan kemarahan dan simpati penduduk di Turki.

Ahmed Hamdo Abeyd yang menjual tisu sebagai sumber pendapatan dipukul pekerja restoran berkenaan kerana dikatakan mengganggu pelanggan.

“Saya hanya menjual tisu. Ketika mahu menjual tisu kepada seorang wanita tiba-tiba sekumpulan lelaki menarik saya dan terus memukul saya.

“Mereka memijak saya sehingga pengsan,” katanya kepada akhbar Hurriyet Daily.

Menurut akhbar itu, beberapa penduduk kemudian menyiram air pada Ahmed untuk menyedarkannya.

Gambar Ahmed yang menangis dengan hidung berdarah mendapat simpati Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.

Beliau mengarahkan pemimpin tempatan untuk mencari kanak-kanak itu dan memberikannya tempat tinggal.

Seorang pengguna Twitter pula mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan menghukum pepekerja restoran berkenaan.

“Air mata saya mengalir melihat kejadian itu dan berharap pekerja restoran berkenaan dikenakan tindakan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA