Dirogol abang tiri

Dirogol abang tiri

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 6 Julai – Seorang remaja dipercayai dirogol abang tiri sendiri sebanyak dua kali di dalam bilik tidur sebuah kem balak di Jalan Kubong pada Februari dan April lalu.

Kejadian pertama berlaku pada Februari lalu selepas mangsa dirogol secara paksa ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah.

Manakala kejadian kedua berlaku tengah malam April lalu, apabila mangsa ditarik ke tempat tidur suspek semasa keluarga mereka sedang tidur.

Menurut sumber, mangsa menyedari dirinya mengandung 10 minggu sebaik pemeriksaan dibuat di hospital Limbang. Laporan polis dilakukan mangsa, 16, kelmarin.

Sementara itu suspek berusia 29, berjaya diberkas sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPD Limbang, sekitar jam 11.30 malam kelmarin di kem terbabit.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.