DIS terasa tertipu

DIS terasa tertipu

MADRID, 5 Feb – Kumpulan pelaburan Brazil, DIS, yang memiliki 40 peratus dari hak sukan bintang Barcelona, Neymar sebelum perpindahannya ke gergasi Catalan itu dari Santos pada 2013, semalam mendakwa mereka merasa ‘dikhianati’ selepas perundingan pertukaran ditutup.

Neymar, ayahnya, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dan bekas presiden kelab tersebut, Sandro Rosell dipanggil untuk memberikan keterangan oleh mahkamah tinggi Sepanyol minggu ini bagi aduan penipuan dan rasuah yang dibawa oleh DIS.

Persetujuan itu pada asalnya bernilai 57.1 juta euro ($62.1 juta) oleh barca, 40 juta yang dibayar kepada syarikat N&N dimiliki oleh ayah pemain itu, dengan Santos menerima hanya 17.1 juta.

Bagaimana pun, pihak berkuasa kehakiman Sepanyol telah menganggarkan jumlah persetujuan serentak dalam pertukaran itu bernilai sekurang –kurangnya 83.3 juta. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA