Disabit bersalah menyamar sebagai pegawai polis

Disabit bersalah menyamar sebagai pegawai polis

MUNICH, 21 Sept (dpa) – Seorang lelaki yang tidak bekerja di bandar Munich, Jerman telah disabit bersalah kerana menyamar sebagai seorang pegawai polis untuk mengelak daripada membayar bil restoran dua tahun lalu, lapor mahkamah hari ini.

Lelaki yang berusia 51 tahun itu dengan lantang mengadu tentang makanan ‘teruk’ yang disajikan di sebuah kelab itu sebelum enggan untuk membayarnya. Dia kemudian mengakui seorang pegawai polis dan menunjukkan gambar dirinya dalam uniform berkenaan.

Selepas kejadian itu dia bersembunyi selama dua tahun untuk mengelak pembatalan parolnya atas kesalahan sebelumnya.

Semasa perbicaraannya pada Julai, lelaki itu mengatakan dia adalah pelakon amatur TV. Mahkamah perbandaran mengatakan bahawa faktor-faktor hukuman diringankan termasuklah faktanya dia telah mengakui kesalahan jenayah itu dan sedikit mabuk semasa kejadian.

Dia telah dikenakan denda sebanyak 1,350 euro yang dibayar ansuran selama 90 hari. Dia juga diarahkan untuk membayar bil restoran.