Diselamatkan selepas 8 hari hanyut

Diselamatkan selepas 8 hari hanyut

SYDNEY, 13 Jan – Empat nelayan Indonesia yang selama lapan hari terapung-apung di laut terpencil, Laut Timor di atas rakit sementara telah diselamatkan oleh pihak berkuasa marin dan kapal menangkap ikan hari ini, menurut para pegawai Australia, dengan menambah kata mereka dalam ‘keadaan sihat’ meskipun selepas menempuhi pengalaman pahit itu.

Mereka dilihat oleh pesawat udara Pasukan Sempadan Australia di Laut Timor pada petang semalam dan kapal menangkap ikan yang berada berhampiran, AFV Exodus telah dihubungi untuk mengambil mereka awal pagi ini, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Marin Australia (AMSA).

Kapal nelayan itu kemudian disambut oleh kapal tentera laut Australia HMAS Maitland, tambah AMSA. “kesihatan semua mangsa yang terselamat telah dinilai dan mereka dalam keadaan sihat Nelayan-nelayan itu akan dihantar pulang ke pelabuhan negara mereka di Kupang, Indonesia,” AMSA berkata dalam satu kenyataan.

Kapten Exodus, Gary Finlay berkata nelayan-nelayan itu berada ‘140 batu di perairan pantai Kimberley yang paling dekat, pada dasarnya di kawasan sangat terpencil.”

“Hanya doalah yang terus mengapungkan mereka,” Finlay memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia, dengan menambah kata bahawa saiz rakit itu hanya 1.5 meter persegi dan dibuat dari serpihan-serpihan kapal mereka. “Rakit itu dibuat dari dua sel minyak, yang tempel bersama sebagai asas bot kemudian sekeliling dua sel minyak terdapat dram plastik 20 liter,” katanya lagi.

“Ia mempunyai beberapa kontena plastik biru 40 liter yang ditempel di sana dan kotak ais seberat 400 kilo yang separuh tenggelam.”

ARTIKEL YANG SAMA