Diserang virus pencurian kad kredit

Diserang virus pencurian kad kredit

WASHINGTON, 24 Dis (Reuters) – Hyatt Hotels Corp semalam berkata sistem memproses pembayarannya telah dijangkiti program virus mencuri kad kredit dalam serangan yang diketahui tiga minggu lalu, terbaru dalam siri-siri pencerobohan ke atas firma-firma pelayanan.

Jurucakap wanita syarikat itu Stephanie Sheppard berkata dalam e-mel lewat semalam bahawa serangan itu diketahui pada 30 November.

Dia tidak menyatakan jika penyerang-penyerang itu berjaya dalam mencuri nombor kad pembayaran, berapa lama rangkaiannya telah dijangkiti atau berapa banyak 627 hotel rangkaiannya telah terjejas.

“Para pelanggan seharusnya meneliti penyataan akaun kad pembayaran mereka secara dekat dan melaporkan segera sebarang caj tanpa kebenaran kepada pengeluar kad mereka,” katanya.

Hyatt, yang dikawal oleh keluarga jutawan Pritzker, adalah pengendali hotel terbesar keempat yang memberi amaran tentang pencerobohan itu sejak Oktober.

Hilton Worldwide Holdings Inc dan Starwood Hotels & Resorts Worldwide Inc bulan lalu telah mendedahkan tentang serangan ke atas sistem memproses pembayaran.

Rangkaian hotel mewah Donald Trump, Trump Hotel Collection juga mengesahkan kemungkinan kejadian keselamatan data.

FireEye Inc berkata Hyatt telah mengupahnya untuk membantu syarikat itu menyiasat serangan itu. Unit Mandiant FireEye adalah salah satu penyedia terbesar perkhidmatan respons kepada syarikat-syarikat yang menjadi mangsa serangan siber.

Wakil-wakil di pusat panggilan Hyatt yang diwujudkan untuk menangani pertanyaan tentang pencerobohan berkata program virus itu telah di program untuk mengutip nama-nama pemegang kad pembayaran, nombor kad, tarikh mansuh dan kod pengesahan dalam.

“Kami telah mengambil langkah untuk mengukuhkan keselamatan sistem kami,” Sheppard berkata dalam e-mel.

“Para pelanggan boleh merasa yakin menggunakan kad pembayaran di hotel-hotel Hyatt di seluruh dunia.”

Hyatt tidak mendedahkan jenis program virus yang digunakan dalam serangan itu.

Syarikat itu mengatakan para pelanggan seharusnya mencari maklumat tentang serangan itu di www.hyatt.com/protectingourcustomers.