Disingkir dari Parti Komunis

Disingkir dari Parti Komunis

BEIJING, 21 Ogos (Reuters) – Abang kepada bekas penolong presiden China telah disingkirkan daripada Parti Komunis dan jawatan awam, kata kerajaan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pendakwaan beliau atas pencabulan undang-undang seperti menerima rasuah.

Ling Zhengce, bekas penolong ketua badan penasihat parlimen di utara wilayah Shanxi, adalah abang Ling Jihua, penolong kanan kepada bekas presiden Hu Jintao.

Ling Zhengce mencabul peraturan disiplin diri dengan menerima hadiah berbentuk wang dan mengeksploitasi kedudukan beliau, di samping mendapatkan faedah untuk saudara-mara, kata Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Negara.

“Selain daripada itu, tingkah laku Ling Zhengce menganggu dan menghalang siasatan pertubuhan,” kata pemerhati anti-rasuah dalam satu kenyataan di laman webnya.

Pihak berkuasa mengumumkan satu siasatan ke atas Ling pada Jun 2014.

Tindakan terbaru untuk menyingkirnya daripada parti dan melucutkan jawatannya merupakan satu langkah prosedur yang wajar dalam memindah kes kepada pihak berkuasa kehakiman untuk pendakwaan.

Adik Ling, Ling Jihua, diturunkan pangkat pada September 2012 selepas sumber berkata anak lelakinya terbabit dalam satu kemalangan teruk yang melibatkan sebuah kereta sport mewah, sesuatu yang memalukan untuk parti, yang sensitif kepada tanggapan bahawa anak pegawai tertinggi menjalani gaya hidup mewah.

ARTIKEL YANG SAMA