Disiplin diri tingkat motivasi

Disiplin diri tingkat motivasi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong, kelmarin, telah mengadakan program ‘The Mu’Min Runners – One More Step’ di Dewan Serba guna, Hutan Simpanan Berakas.

Hadir bagi merasmikan acara berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Program ini telah disertai oleh 30 orang belia lelaki yang terdiri daripada penuntut pusat tingkatan enam dan yang selesai menjalani peperiksaan ‘O’ Level.

Program tiga hari yang bermula pada kelmarin hingga esok ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan secara informal kepada para belia sebagai bekal untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Haji Amir Hisham (tengah) hadir pada program ‘The Mu’Min Runners – One More Step’ di Dewan Serba guna, Hutan Simpanan Berakas.
Haji Amir Hisham (tengah) hadir pada program ‘The Mu’Min Runners – One More Step’ di Dewan Serba guna, Hutan Simpanan Berakas.

Di samping itu, program ini juga menerapkan aktiviti yang melibatkan kematangan fikiran, kekuatan fizikal dan mental dan disiplin diri untuk melengkapkan keyakinan diri dan meningkatkan motivasi diri dalam menjadi yang lebih baik.

Ia juga dihasratkan untuk menjadi platform dalam melahirkan belia yang bertanggungjawab, prihatin dan berbakti kepada raja, bangsa, agama serta negara.

Antara pengisian acara berkenaan termasuk ceramah, bengkel kerohanian, latihan dalam kumpulan, aktiviti kesenian Islam, aktiviti ketahanan lasak dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA