Disiplin rahsia kejayaan

Disiplin rahsia kejayaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Sekolah Menengah Sayyidina Hussain (SMSHU), baru-baru ini, telah mengadakan Program Ilal Hasanah yang dihadiri lebih 300 pelajar Tahun 9 dan 10, guru-guru dan warga pentadbiran sekolah berkenaan.

Program bertema “Disiplin Rahsia Kejayaan” diisi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Jabatan Penjara iaitu Awang Farizal bin Ali.

Ketua HEP sekolah berkenaan, Dayang Mahaini binti Haji Mohamad ketika ditemui memberitahu, program ini antara lain berobjektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya disiplin serta peranannya terhadap kejayaan pada masa depan.

“Selain itu HEP turut menitik beratkan aspek kerohanian, kerana ia merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang dan bakal memimpin masa depan negara,” tambahnya lagi.

Awang Farizal ketika menyampaikan ceramah di SMSHU.
Awang Farizal ketika menyampaikan ceramah di SMSHU.
Antara pelajar yang menghadiri program Ilal Hasanah di sekolah berkenaan.
Antara pelajar yang menghadiri program Ilal Hasanah di sekolah berkenaan.

pg06_150615_e

Sementara itu, seorang lagi warga HEP SMSHU, Awang Husain bin Liman pula memberitahu, acara keagamaan seperti ini mula aktif dianjurkan sejak Mac lalu dan akan diteruskan lagi di masa akan datang.

Ditanya lagi mengenai kesan program ini terhadap pelajar, beliau berkata, “kami bersyukur kerana setakat ini statistik masalah disiplin di sekolah ini semakin menurun dan menampakkan peningkatan yang menggalakkan”.

ARTIKEL YANG SAMA