Diskaun melabur saham amanah

Diskaun melabur saham amanah

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Bermula hari ini sehingga 2 Julai 2016, para pelanggan yang melabur dalam mana-mana saham amanah yang diedarkan oleh Baiduri Capital akan berpeluang menikmati diskaun 50 peratus dalam bayaran jualan.

Pelaburan boleh bermula serendah $1,000, dan tawaran termasuk langganan kepada mana-mana lima dana yang diedarkan oleh Baiduri Capital iaitu: Dana Pendapatan Pelbagai Aset BlackRock Global, Dana Bon BlackRock Asian Tiger, Dana BlackRock China, Dana Peruntukan BlackRock Global dan Dana Pendapatan Ekuiti BlackRock Global.

Dibuka kepada semua pemegang saham amanah sekarang dan baru, tawaran ini merupakan satu peluang untuk pelanggan mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

Saham amanah adalah sejenis pelaburan kolektif di mana para pelabur mengumpulkan wang mereka untuk dilabur dalam portfolio sekuriti atau aset lain.

Ia dikendalikan secara profesional oleh pengurus dana yang melabur modal dana menggunakan strategi pelaburan yang khusus, dengan matlamat menghasilkan keuntungan modal dan pendapatan untuk pemegang unit dana.

Pelanggan yang berminat bolehlah berjumpa dengan Perancang Kewangan Kanan Berlesen Baiduri di cawangan Bank Baiduri di Kiarong, Kiulap, Supa Save Gadong, Times Square, Serusop, Kuala Belait atau Seria atau di Ibu Pejabat Baiduri Capital di Kiarong.

Perancang Kewangan Kanan Berlesen boleh memberikan panduan dan bimbingan pelaburan serta sokongan kepada pelanggan.

Baiduri Capital ialah subsidiari milik sepenuhnya Bank Baiduri, mengkhusus dalam perniagaan sekuriti dan produk pelaburan.

Menerusi portal perniagaan sekuritinya yang selamat di laman web dan internet, yang pertama di negara, pelanggan boleh berniaga dalam SGX (Singapura), HKEx (Hong Kong), Bursa Malaysia, Bursa Saham New York (NYSE), Pasaran Saham NASDAQ serta NYSE MKT LLC (AMEX).

Selain daripada perniagaan sekuriti, amanah saham juga merupakan sebahagian daripada portfolio Baiduri Capital.

ARTIKEL YANG SAMA