Diskriminasi, Honda bayar AS$25 juta

Diskriminasi, Honda bayar AS$25 juta

WASINGTON, 15 Julai – Pembuat kereta Jepun Honda telah bersetuju untuk membayar AS$25 juta bagi menyelesaikan tuntutan AS bahawa ia diskriminasi terhadap pembeli minoriti dengan memberi harga berlebihan bagi pinjaman kereta, pihak berkuasa AS mengumumkan kelmarin.

American Honda Finance Corporation, sebuah unit Honda yang berpangkalan di California, secara umumnya mendiskriminasi terhadap peminjam pinjaman Afrika-Amerika, Hispanic dan Asia, kata Jabatan Keadilan AS dan Biro Perlindungan Kewangan Pengguna.

American Honda Finance menawarkan pembiayaan kepada pembeli kereta melalui wakil jualan kereta.

Kerajaan mendakwa peminjam minoriti dikenakan bayaran dengan kadar faedah yang tinggi “disebabkan bangsa atau negara asal dan bukan disebabkan kelayakan peminjam atau kriteria objektif lain yang berkaitan dengan risiko peminjam.”

Misalnya, mereka kata, purata peminjam Afrika-Amerika membayar lebih AS$250 ketika jangka waktu peminjaman disebabkan diskriminasi, sementara untuk Hispanic lebih AS$200 dan Asia lebih $150. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA