Diskriminasi kelahiran perlu ditamatkan

Diskriminasi kelahiran perlu ditamatkan

BEIJING, 25 Nov (AFP) – Media kerajaan setempat China hari ini menggesa bagi anak damit yang lahir di luar negara tanpa dasar satu anak untuk diberikan dokumen-dokumen pendaftaran rumah penting, satu isu yang telah meninggalkan seramai 13 juta orang dalam undang-undang yang tidak pasti.

Pendaftaran hukou (akaun) amat penting di China untuk mendapatkan khidmat-khidmat asas sosial seperti persekolahan, penjagaan kesihatan dan perumahan.

Ibu bapa yang melanggar dasar itu, yang dihadkan kepada satu anak sahaja tetapi akan digantikan dengan undang-undang dua anak buat semua, hanya boleh mendaftar anak tambahan selepas membayar bayaran besar.

Kebanyakan keluarga bekerja tidak mampu membayar kos itu, dengan akhbar yang diterbitkan kerajaan China Daily menyatakan dalam satu lidah pengarang bahawa kanak-kanak itu perlu dibenarkan untuk mengakses khidmat-khidmat sosial itu.

“Semua kanak-kanak itu tidak bersalah atas apa-apa kesalahan dan mereka perlu diberikan status undang-undang yang membolehkan mereka mengakses sumber-sumber sosial,” menurut lidah pengarang itu.

Kesudahan dasar satu anak, diumumkan bulan lepas, telah menimbulkan perbualan negara terhadap impaknya pada keluarga-keluarga China.

Seorang wanita Beijing, Li Xue, memberitahu AFP bulan lepas bagaimana dia terpaksa untuk hidup di sebalik bayang disebabkan keperluan birokrasi.

Keluarganya dikehendaki untuk membayar 5,000 yuan, jauh dari kemampuannya.

“Kami perlu pergi ke rumah jiran-jiran untuk meminta sedikit ubat jika dia sakit,” kata ibunya.

Kementerian Keselamatan Awam berjanji pada Isnin ia akan menangani masalah kanak-kanak yang tidak berupaya memperoleh akaun, menurut laporan itu.

Pihak berkuasa sebelum ini berjanji untuk membuat pembaharuan terhadap sistem itu, namun hanya sedikit kemajuan telah dibuat.

“Pihak berkuasa setempat harus mencerminkan tentang bagaimana untuk menjalankan dasar-dasar kerajaan tanpa melanggar hak undang-undang seseorang,” lidah pengarang China Daily menambah.

ARTIKEL YANG SAMA