Diskriminasi terhadap wanita Islam AS

Diskriminasi terhadap wanita Islam AS

LOS ANGELES, 3 Mei (AFP) – Dua tuntutan mahkamah telah difailkan di California hari ini di mana para wanita Islam telah didiskriminasikan dalam insiden berasingan disebabkan agama mereka dan kerana memakai hijab.

Salah satu tuntutan di mana polis di Long Beach secara paksa menanggalkan tudung suspek sementara satu lagi tuntutan mendakwa sekumpulan wanita diusir keluar dari rumah kopi Pantai Laguna disebabkan mereka beragama Islam. Menurut aduan terhadap bandar Long Beach dan jabatan polisnya, Kristy Powell dan suaminya ditahan oleh dua orang pegawai polis ketika dalam perjalanan memandu ke rumah dalam bulan Mei tahun lepas.

Dia kemudiannya ditangkap dalam dua waran luar biasa, satu dikaitkan dengan kakaknya dituduh menggunakan identitinya dan satu lagi dalam kaitan insiden mencuri pada 2002 di sebuah kedai runcit.

Powell, yang berbangsa Afrika Amerika, mendakwa sementara berada dalam tahanan stesen polis, salah seorang pegawai secara paksa menanggalkan tudungnya di depan pegawai-pegawai lelaki dan tahanan lain, memberitahunya bahawa “dia tidak dibenarkan memakai hijabnya” dan polis lelaki “dibenarkan untuk menyentuh wanita.”

Tuntutan itu menyatakan bahawa Powell “mengalami penderitaan akibat kemaluan ekstrem, penghinaan, kekacauan mental dan emosi” sebagai keputusan pengalamannya.

“Tindakan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai polis di Long Beach itu tidak berwaran dan pencabulan serius terhadap integriti badan Puan Powell,” kata Yalda Satar, peguam bela bagi Majlis bab Los Angeles pada Hubungan Islam Amerika, yang menuntut dakwaan itu bagi pihak Powell.

“Cara di mana Puan Powell dilayan oleh pegawai LBPD menunjukkan kekuasaan terhadap wanita berkulit lain yang tidak berupaya mempertahankan dirinya, dan contoh lain diskriminasi yang dihadapi oleh wanita yang memakai hijab.”

Jabatan Polis Long Beach berkata dalam satu keterangan pada lewat kelmarin hijab Powell dibuka mengikut dasar jabatan untuk membuang beberapa barang daripada tahanan, termasuk tali pinggang, tali kasut dan penutup kepala bagi keselamatan mereka sendiri.

“Kami menghormati hak keagamaan dan kepercayaan semua orang dan memahami sensitiviti terhadap hal ini,” ujar ketua polis Robert Luna. “Dasar-dasar itu dibuat bagi keselamatan individu itu sendiri, individu lain dan kakitangan polis.