Disney buka taman tema di Shanghai

Disney buka taman tema di Shanghai

SHANGHAI, 16 Julai – Syarikat hiburan gergasi Amerika Syarikat (AS) Disney semalam mendedahkan butiran tentang taman tema yang dirancangnya di Shanghai, dengan menjanjikan ciri-ciri China dan tarikan baru yang tidak ditemui di lima tempatnya yang lain.

Walt Disney Co dan rakannya dari China, Shanghai Shendi Group merasmikan taman bernilai $5.5 bilion pada April 2011. Perasmian pada awalnya dirancang tahun ini, tetapi Disney mengundurkannya ke tahun 2016.

“Bila kami memulakan projek, matlamat kami ialah untuk mewujudkan sesuatu yang tulen Disney dan ciri China. Kami percaya kami telah mencapai gabungan hebat,” pengerusi dan ketua eksekutif Disney, Robert Iger memberitahu acara media.

Syarikat itu telah membatalkan tanda istimewanya “Main Street, USA” bagi tanah besar China, dengan menggunakan “Mickey Avenue” untuk menggantikan penampilan bandar Amerika yang ditemui di taman temanya di Paris, Hong Kong dan Tokyo dan juga yang di AS.

Apabila taman Perancis kali pertama dicadangkan, timbul kemarahan terhadap prospek serangan budaya Amerika, meskipun pihak Eropah kemudian menyokongnya.

Model reka bentuk Disney yang akan dibina di Shanghai. – Reuters
Model reka bentuk Disney yang akan dibina di Shanghai. – Reuters

Bagi Peranginan Disney Shanghai, pengambilan kira budaya termasuklah makanan dan tarikan seperti mozek taman yang menggambarkan 12 ekor haiwan zodiak Cina yang menggunakan imej watak-watak Disney dan juga kehadiran bahasa Cina di seluruh taman itu.

Ia juga memaparkan istana kota Disney terbesar di dunia dan kawasan yang keseluruhannya bertemakan lanun’ berdasarkan filem francais “Pirates of the Caribbean”

Syarikat itu belum mengumumkan tarikh permulaan tertentu, tetapi Iger mengulangi bahawa ia akan dibuka tahun depan. – AFP