Disney larang penggunaan monopod ‘Selfie’

Disney larang penggunaan monopod ‘Selfie’

WASHINGTON, 28 Jun (dpa) – Monopod Selfie akan dilarang digunakan di taman tema Disney seluruh dunia bermula minggu depan, menurut laporan berita Amerika Syarikat (AS).

Para pelawat dikehendaki untuk meninggalkan monopod selfie mereka, yang digunakan untuk mengambil gambar sendiri menggunakan telefon bimbit, di pemeriksaan beg di pintu masuk dan mengambilnya semula ketika keluar.

Dasar ini akan mula digunakan pada lusa ini di taman tema Disney di Florida dan California, menurut Orlando Sentinel. Manakala taman tema Disney di Paris dan Hong Kong akan bermula pada hari Rabu.

“Kami berusaha untuk memberikan pengalaman yang menarik untuk seluruh keluarga dan malangnya monopod selfie telah menjadi kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat untuk pengunjung dan pekerja kami,” jurucakap Disney World memberitahu Sentinel.

Monopod Selfie yang akan mula dilarang digunakan di kesemua taman tema Disney bermula 30 Jun.
Monopod Selfie yang akan mula dilarang digunakan di kesemua taman tema Disney bermula 30 Jun.

Beberapa insiden terdahulu menyebabkan perubahan ini. Antaranya kejadian tersebut ialah apabila sebuah roller coaster di Disneyland California terpaksa dihentikan selepas seorang penumpang mengeluarkan monopod selfie. Tunggangan itu terpaksa ditutup selama satu jam.