Ditahan miliki 475g kanabis

Ditahan miliki 475g kanabis

SINGAPURA, 5 Jan (Bernama) – Kanabis seberat 475 gram dianggarkan bernilai lebih S$15,600 (S$1=RM3.05) ditemukan dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Isnin.

Dalam kenyataan bersama, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat berkata penumpang, lelaki warga Malaysia berumur 27 tahun telah ditahan.

“Lelaki berumur 27 tahun itu dan barang yang dirampas dirujuk kepada Biro untuk siasatan lanjut. Siasatan sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, pegawai ICA menemukan satu bungkusan hitam di bawah tempat duduk penumpang depan yang mengandungi kanabis.

Di Singapura, kanabis diklasifikasikan sebagai dadah Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

ARTIKEL YANG SAMA