Ditahan reman cabul anak jiran

Ditahan reman cabul anak jiran

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160419_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan anak jirannya.

Johari bin Haji Zaini, 42, didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Mentiri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354A (1) Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) yang membawa pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi daripada tujuh tahun, dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Kamaluddin memohon penangguhan kes selama tujuh hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 25 April untuk sebutan semula, dan memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman di Balai Polis Pusat.

ARTIKEL YANG SAMA