Ditahan reman miliki senjata berbahaya

Ditahan reman miliki senjata berbahaya

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Mahkamah Majistret, semalam, memerintahkan seorang lelaki tempatan untuk ditahan reman atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

Shamsul Bahri bin Abdullah, 43, berdepan pertuduhan memiliki senjata tajam berdekatan Jalan McArthur, pada 12 Mei 2016 sekitar jam 6:45 pagi.

Dia didakwa di bawah Akta Ketenteraman Awam yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun dan maksimum 10 tahun, dan sebat tidak kurang daripada tiga sebatan.

pg06_160516_mahkamah logo2

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Danial bin DSP Haji Kifrawi memohon untuk tertuduh ditahan reman bagi membantu siasatan polis.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 17 Mei untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA