Ditahan reman seludup warga asing

Ditahan reman seludup warga asing

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Dua orang lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyeludup seorang wanita masuk ke Brunei Darussalam.

Abdul Zamil Badakwan bin Majid dan Omeera Omar anak Jengan didakwa membantu menyeludup seorang wanita Malaysia, Normala anak Christina melalui imigresen Pos Kawalan Kuala Lurah pada 31 Disember 2015 kira-kira jam 7:35 pagi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004 yang membawa kepada denda tidak melebihi $1,000,000, penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

pg06_160101_mahkamah logo2

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas memohon kepada mahkamah supaya kedua-dua tertuduh ditahan reman selama seminggu di Balai Polis Pusat untuk siasatan.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain membenarkan permohonan itu dan menetapkan 7 Januari 2016 untuk sebutan semula kes.

ARTIKEL YANG SAMA