Dituduh salah guna gas silinder

Dituduh salah guna gas silinder

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Seorang lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan satu silinder gas.

Novian Anung Nugroho, 35, berdepan pertuduhan secara tidak jujur menyalahgunakan silinder gas kepunyaan Haji Murni bin Haji Abdul Rahim antara Januari dan Ogos 2015 di sebuah rumah di Jalan Lampaki, Kampung Mulaut.

Pegawai Pendakwa Raya Qhairul Azim bin Nayan memohon kepada mahkamah supaya tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat bagi membolehkan pihak polis mendapatkan keterangan.

pg06_150828_mahkamah logo2

Pegawai Pendakwa Raya turut memaklumkan mahkamah bahawa dia akan mendapatkan status tertuduh daripada jabatan imigresen dan buruh.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan 31 Ogos untuk sebutan semula.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa kepada penjara yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

ARTIKEL YANG SAMA