Divock Origi harapan Liverpool

Divock Origi harapan Liverpool

LONDON, 19 Okt – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya, Divock Origi mampu meringankan beban ditanggung kelab ekoran masalah kecede­raan khususnya di bahagian serangan selepas membuat penampilan sulung dalam kesebelasan utama The Reds, kelmarin.

Penyerang Belgium berusia 20 tahun itu kini menjadi peneraju baharu pasukan, setelah Klopp menyenaraikannya dalam perlawanan sulung sebagai pengendali Liverpool selepas mengambil alih tugas daripada Brendan Rodgers.

Percubaan Origi mengenai palang gol menerusi tandukan di awal permainan sebelum tenggelam dalam perlawanan menentang Tottenham yang berkesudahan 0-0.

Namun, Klopp yakin, pemain muda itu akan mempamer peningkatan menerusi pengalaman yang ditimbanya dan mendedahkan dia pernah cuba menandatangani pe­nyerang tersebut dari Lille ketika bergelar jurulatih Borussia Dortmund.

“Saya mahu membawa dia ke Dortmund sewaktu Liverpool membelinya, tetapi dia menyertai Liverpool dan kemudian dipinjamkan kembali ke Lille. Dia pemain berkualiti, sangat laju, memiliki teknikal yang bagus.

“Buat masa ini, dia tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam perlawanan kerana tidak diberi peluang beraksi dengan kerap, tetapi kami akan berasa seronok dengan pemain ini, saya jamin,” kata Klopp.

Klopp berpaling kepada Origi – yang menyertai Liverpool pada 2014 selepas kecederaan menyebabkan Daniel Sturridge, Danny Ings dan Christian Benteke diketepikan.

Ings terpaksa direhatkan untuk tempoh yang panjang. – AFP