Djilobodji selamatkan Bremen

Djilobodji selamatkan Bremen

BERLIN, 15 Mei (AFP) – Pemain Antarabangsa Senegal, Papy Djilobodji menyelamatkan Werder Bremen dalam Bundesliga pada Sabtu dengan gol minit ke-88 yang dramatik untuk mengesahkan kemenangan 1-0 mereka ke atas Eintracht Frankfurt sementara Stuttgart tersingkir.

Stuttgart yang memerlukan kemenangan untuk sekurang-kurangnya berpeluang beraksi di playoff ketinggalan selepas dua kali dibolosi pada babak pertama sebelum Andre Schuerrle mengesahkan jaringan Wolfsburg pada minit terakhir perlawanan.

Selepas 40 tahun dalam liga utama Jerman, Stuttgart kini berada dalam peringkat kedua buat kali pertama sejak musim 1976/77.

Sementara itu, Bayern Munich yang beraksi buat kali terakhir bersama pengurus, Pep Guardiola di pentas Bundesliga mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan yang sudah pun tersingkir Hanover 96.

Djilobodji menyelamatkan Werder Bremen dalam Bundesliga dengan gol minit ke-88 yang dramatik untuk mengesahkan kemenangan 1-0 mereka ke atas Eintracht Frankfurt, semalam. – AFP
Djilobodji menyelamatkan Werder Bremen dalam Bundesliga dengan gol minit ke-88 yang dramatik untuk mengesahkan kemenangan 1-0 mereka ke atas Eintracht Frankfurt, semalam. – AFP

Penyerang sensasi Poland, Robert Lewandowski turut menamatkan kempen musim ini selaku penjaring terbanyak Bundesliga dengan mengumpul 30 gol dengan meledak gol pertama Bayern.

Ini kali pertama penyerang bukan Jerman menjaringkan lebih 30 gol semusim dalam kempen Bundesliga yang menyamai rekod dipegang Dieter Mueller pada 1977 sekali gus meraih gelaran keduanya dalam tempoh tiga musim.

Borussia Moenchengladbach mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara hasil kemenangan 2-0 ke atas Darmstadt 98 dengan Borussia Dortmund yang menamatkan tempat kedua di belakang Bayern sekadar seri 2-2 di laman sendiri menentang Cologne.

Dortmund selepas ini akan bertemu Bayern di pentas final Piala Jerman pada 21 Mei depan. Bayer Leverkusen yang mengesahkan tempat ketiga liga dua minggu lalu juga menang 3-2 ke atas Ingolstadt.

ARTIKEL YANG SAMA