Djoko julang gelaran ke-4 Terbuka Itali

Djoko julang gelaran ke-4 Terbuka Itali

ROM, 18 Mei – Pilihan utama, Novak Djokovic memanaskan badan untuk Terbuka Perancis dengan mencatatkan kemenangan 6-4, 6-3 ke atas Roger Federer untuk memenangi gelaran Terbuka Itali keempatnya semalam.

Dengan ketiadaan juara tujuh kali Rafael Nadal, yang disingkirkan pada suku akhir, pemain dari Serbia itu menghasilkan persembahan sempurna di tengah gelanggang untuk mempertahankan gelaran dan menyerahkan kekalahan keempat Federer di Rom.

Dengan Roland Garros hanya tinggal seminggu, Djokovic akan muncul sebagai pemain pilihan untuk mendapatkan apa yang dilihat gelaran sukar di ibu negara Perancis, terutamanya dengan kekecewaan Nadal di atas gelanggang tanah liat.

Pemain dari Sepanyol itu hanya memenangi satu gelaran di atas permukaan tanah liat di Buenos Aires tahun ini dan dikalahkan Fabio Fognini dari Itali, Andy Murray, Djokovic dan Stan Wawrinka dari Switzerland dalam beberapa pertandingan baru–baru ini.

Djokovic sementara itu, membawa permainannya menjadi menarik untuk memenangi gelaran kelima musim ini dan mencatatkan rekod terbaik ke atas pemain terbaik Switzerland itu kepada 21-18.

Djokovic mengucup trofi Terbuka Itali selepas muncul juara dengan menewaskan Roger Federer di Rom semalam. – AFP
Djokovic mengucup trofi Terbuka Itali selepas muncul juara dengan menewaskan Roger Federer di Rom semalam. – AFP

Pada persaingan ini, Djokovic sukar dikalahkan pada Terbuka Perancis di mana usaha Nadal untuk menjulang gelaran ke-10 mungkin akan terjejas tanpa berada dalam kedudukan terbaik.

Djokovic mencatatkan 37 kemenangan berturut–turut dalam pertandingan peringkat tinggi dan selepas mencatatkan kemenangan tahun ini kepada 22, dia berkata: “Faktanya saya mampu memenangi banyak pertandingan berturut–turut. Berikan saya alasan untuk percaya saya boleh melakunnya sekali lagi.

“Saya akan terus melakukan selagi berdaya. Saya selalu mencuba memberikan yang terbaik di atas gelanggang tanpa mengira pertandingan atau persaingan yang saya sertai.

“Pemikiran seperti ini telah meletakkan saya pada kedudukan saya sekarang…dan berharap ia akan membawa saya jauh di Roland Garros. Itulah keutamaan sepanjang kerjaya saya.” – AFP