Djoko, Nadal, Serena bintang Selasa super

Djoko, Nadal, Serena bintang Selasa super

PARIS, 26 Mei (AFP) – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic, juara sembilan kali Rafael Nadal dan pemenang gelaran wanita dua kali Serena Williamsd akan meneruskan kempen Terbuka Perancis 2015 mereka hari ini.

Pilihan utama Djokovic yang berazam untuk memenangi Roland Garros pertama dan menjadi pemain kelapan mencatatkan Grand Slam, dijadualkan berdepan Nadal dalam suku akhir.

Tetapi tugasan pertamanya adalah untuk menentang Jarkko Neiminen dari Finland, salah seorang daripada 39 pemain berusia lebih 30 tahun untuk memulakan undian awal tahun ini.

Nadal dengan rekod 66 kemenangan di Paris mencatatkan dan tewas hanya sekali adalah pilihan keenam – ranking paling rendah beliau selama sedekad. Dia bermula menentang Quentin Halys berusia 18 tahun dari Perancis yang berada di ranking ke-296 dunia dan membuat kemunculan pertama Grand Slam.

Pilihan utama wanita Serena Williams, juara 2002 dan 2013, bermula menentang Andrea Hlavackova dari Republik Czech. Hlavackova yang berada di ranking ke-190 tewas 6-0, 6-0 kepada Williams dalam pertemuan pertama mereka dalam tempoh tiga tahun di Terbuka AS.

Nadal semasa menentang Quentin Halys pada pusingan pertama semalam. – Reuters
Nadal semasa menentang Quentin Halys pada pusingan pertama semalam. – Reuters

Juara Wimbledon Petra Kvitova, pilihan keempat dari Czech, memulakan pertandingan di Gelanggang Philippe Chatrier menentang Marina Erakovic dari New Zealand.

Pilihan ketujuh dari Sepanyol David Ferrer, tangga kedua di belakang Nadal pada 2013, memulakan persaingan di Gelanggang Suzanne Lenglen menentang Lukas Lacko dari Slovakia.

Bekas pemain nombor satu dunia Caroline Wozniaki, yang tidak pernah mara ke suku akhir, menghadapi Karin Knapp dari Itali yang menjulang gelaran Nuremberg pada hujung minggu.

Pilihan keenam dari Kanada Eugenie Bouchard, yang mara ke separuh akhir 2014, menentang Kristina Mladenovic dari Perancis.