Djoko, Nadal, Serena terus mara, Bouchard tewas

Djoko, Nadal, Serena terus mara, Bouchard tewas

PARIS, 27 Mei (AFP) – Novak Djokovic dan Rafael Nadal menghampiri ke suku akhir Terbuka Perancis manakala juara dua kali, Serena Williams turut melalui jalan mudah untuk ke pusingan kedua, malam tadi.

Namun, kejutan pada pusingan pembukaan dicatatkan apabila pemain pilihan keenam wanita, girl Eugenie Bouchard dan pemain pilihan ke-10 lelaki, Grigor Dimitrov ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing-masing.

Pemain pilihan utama, Djokovic, yang memburu kejuaraan sulungnya di Terbuka Perancis dan menjadi pemain lelaki kelapan untuk melengkapkan kejuaraan Grand Slam, mengalahkan pemain berpengalaman Jarkko Nieminen 6-2, 7-5, 6-2.

Kemenangan ke atas pemain berusia 33 tahun dari Finland yang bermain untuk perlawanan Grand Slam ke-50 itu adalah kemenangan ke-23 berturut-turut Djokovic untuk tahun ini.

Djokovic mengembalikan pukulan kepada Jarkko Nieminen pada Kejohanan Terbuka Perancis, semalam. – Reuters
Djokovic mengembalikan pukulan kepada Jarkko Nieminen pada Kejohanan Terbuka Perancis, semalam. – Reuters

Pemain berusia 28 tahun dari Serbia itu bakal bertemu juara sembilan kali, Nadal di pusingan lapan pemain terakhir. Djokovic akan bertemu sama ada pemain Luxembourg, Gilles Muller atau Paolo Lorenzi dari Itali selepasi ni.

“Saya sering mempunyai pelbagai perasaan setiap kali saya kembali ke gelanggang ini.

“Tahun ini saya bermain dengan baik dan berharap keyakinan itu berterusan di sini,” kata juara Terbuka Australia itu yang tumpas di final di tangan Nadal tahun tahun lalu dan 2012.

ARTIKEL YANG SAMA