Djokovic akui bimbang

Djokovic akui bimbang

DOHA, 4 Jan (AFP) – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic semalam mengakui adalah pelik melihat rakannya, Ivan Ljubicic membantu melatih salah seorang saingan terbesarnya, Roger Federer, musim ini.

“Ya! Sejujurnya,” kata Djokovic apabila ditanya jika dia mendapati aneh melihat pemain Croatia itu sebagai sebahagian kakitangan latihan legenda Swiss itu. “Tetapi kamu tahu, kami profesional.”

Dalam bulan Disember diumumkan bahawa Ljubicic, bekas pemain nombor tiga dunia, akan digunakan khidmatnya dalam langkah yang secara meluas ditafsirkan sebagai Federer cuba mencari jalan untuk menumpaskan pemain dominan, Djokovic, yang telah memenangi tiga Grand Slam tahun lalu dan juga finalis dalam Terbuka Perancis.

“Ljubicic mengetahui permainan saya, dia tahu permainan kesemua pesaing Roger, dan saya berpendapat itu salah satu alasan mengapa Roger menggunakan khidmatnya untuk bersamanya dalam pasukan itu,” kata Djokovic, yang bercakap di Doha, sebelum perlawanan pertamanya musim ini, Terbuka Qatar, yang akan bermula hari ini.

“Sama ada ia akan berjaya atau tidak, itu sesuatu yang ingin kami lihat, tetapi saya mengharapkan terbaik bagi mereka. Dia lelaki yang hebat, sangat tenang, dan saya pasti Roger tahu mengapa dia menggunakan khidmatnya.”

Novak Djokovic berasa pelik apabila Ivan Ljubicic membuat keputusan untuk membantu melatih pesaingnya Roger Federer. - Reuters
Novak Djokovic berasa pelik apabila Ivan Ljubicic membuat keputusan untuk membantu melatih pesaingnya Roger Federer. – Reuters

Federer menafikan bahawa pemain Croatia itu telah digunakan khidmatnya hanya untuk membantunya mengatasi pemain Serbia.

Djokovic juga berkata dia cukup rehat daripada rehat musim sejuknya dan ‘sangat seronok’ untuk memulakan lagi jelajah.

Memandangkan prestasinya musim lalu timbul spekulasi bahawa Djokovic mungkin menjadi permain pertama sejak Rod Laver dalam tahun 1969 untuk memenangi keempat-empat Grand Slams dalam satu musim.

Juga terdapat hadiah tambahan ‘kelima utama’ musim ini, dengan pingat emas Olimpik akan menjadi rebutan di Rio de Janeiro pada bulan Ogos nanti.

Pemain Serbia itu berkata dia akan bermain untuk memenangi setiap perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA