Djokovic benam Maurer

Djokovic benam Maurer

2015 U.S. Open - Day 3

NEW YORK, 3 Sept (AFP) – Novak Djokovic (gambar) mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menumbangkan Andreas Haider-Maurer dalam tempoh 90 minit sambil disaksikan bintang Hollywood dan pemenang Oscar, pelakon Jamie Foxx, di sini, semalam.

Pemain nombor satu dunia dan juara 2011, yang memburu tempat ke final bagi kali keenam berturut-turut, menang ke atas pemain pilihan ke-52 dari Austria itu dengan keputusan 6-4, 6-1, 6-2.

Ini adalah aksi kedua menyaksikan pemain pilihan utama kejohanan ini tidak berdepan break point.

Djokovic yang sebelum ini sudah pun merangkul kejuaraan Terbuka Australia dan Wimbledon pada tahun ini, bakal bertemu pemain veteran Itali, Andreas Seppi selepas ini.

Dia memegang rekod 10-0 ke atas lawannya itu yang diletakkan dalam ranking ke-25.

Kejayaannya itu turut mendapat tepukan gemuruh daripada Foxx yang terkenal menerusi filem ‘Ray’ dan ‘Django Unchained’ ketika duduk di belakang pengurus Djokovic, Boris Becker di kawasan petak utama pemain di Stadium Arthur Ashe.

ARTIKEL YANG SAMA