Djokovic bergelut pertahankan gelaran

Djokovic bergelut pertahankan gelaran

SHANGHAI, 16 Okt – Masalah yang melanda Novak Djokovic semakin memuncak di Masters Shanghai dan pemain Serbia itu kini perlu bersedia menghadapi kehilangan gelaran pemain nombor satu dunia jika dia tidak dapat mencari jalan penyelesaian dengan segera.

Djokovic tiba di Shanghai menegaskan beliau kini menumpukan lebih kepada mengekalkan gelarannya, adalah sasarannya selepas menghadapi beberapa masalah sebelumnya.

Individu yang telah menguasai tenis sejak dua tahun lalu itu perlu berusaha dan menghadapi tekanan dengan tenang tatkala selepas beraksi tiga set dengan pemain Mischa Zverev.

Kekecewaan Djokovic ketika dalam perlawanan separuh akhir memuncak selepas menentang Roberto Bautista apabila dia melakukan aksi smash, mengoyakkan bajunya dan melihatkan kemarahan hingga ke kerusi pengadil.

Reaksi Djokovic selepas tewas dan kehilangan mata dalam perlawanan menentang Roberto pada acara perseorangan mereka di Masters Shanghai kelmarin. – AFP
Reaksi Djokovic selepas tewas dan kehilangan mata dalam perlawanan menentang Roberto pada acara perseorangan mereka di Masters Shanghai kelmarin. – AFP

Lebih buruk lagi bagi Djokovic, ranking kedua Andy Murray mara ke final Shanghai tanpa melepaskan satu set dan berada dalam kedudukan untuk meletakkan tekanan terhadap Djokovic dalam mempertahankan gelaran no.1.

“Ia belum selesai. Masih terdapat beberapa kejohanan besar lagi: Paris dan London,” Djokovic memberi amaran.

“Saya akan cuba membuat persiapan sebaik mungkin untuk musim tertutup di mana saya sentiasa, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bermain dengan baik. Saya akan cuba untuk menjadi lebih baik.”

Sejak beberapa bulan ini, Djokovic sering dilanda masalah, yang secara tiba-tiba hilang arah selepas menang enam kali dari 12 kali gelaran Grand Slamnya dalam dua tahun kegemilangannya sebelum ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA