Djokovic bermula garang di Paris Masters

Djokovic bermula garang di Paris Masters

PARIS, 4 Nov (dpa) – Novak Djokovic mula mempertahankan gelarannya dalam persaingan Paris Masters semalam dengan menewaskan Thomaz Bellucci dari Brazil 7-5, 6-3 untuk memulakan bidaan bagi gelaran ketiga berturut-turut pada pertandingan terakhir ATP.

Djokovic mengambil masa hampir dua jam untuk memenangi set pembukaan, bergantung ke atas break pada permainan terakhir tetapi meningkatkan permainan pada set kedua untuk mencatatkan kemenangan dalam lebih 90 minit.

Kemenangan itu menandakan kemenangan ke-11 di arena Bercy bagi pemain yang mengetuai ATP dengan sembilan gelaran musim ini, memenangi gelaran kedua terakhirnya pada Oktober di Beijing dan Shanghai.

Djokovic memperbaiki rekodnya pada 2015 kepada 74-5; dia telah memenangi 18 permainan terakhirnya, 24 set berturut-turut dan telah beraksi dalam 13 pertandingan sejak tewas dalam suku akhir Doha 10 bulan lalu.

“Terdapat beberapa perkara yang boleh saya lakukan lebih baik malam ini,” kata Djokovic.

Novak Djokovic membalas hantaran pemain tenis Brazil, Thomaz Bellucci pada perlawanan pusingan kedua ATP World Tour Masters 1000 di Paris pada 3 November 2015. – AFP
Novak Djokovic membalas hantaran pemain tenis Brazil, Thomaz Bellucci pada perlawanan pusingan kedua ATP World Tour Masters 1000 di Paris pada 3 November 2015. – AFP

“Tetapi pada keseluruhannya, ia adalah pertandingan sengit. Saya menentang pemain yang mempunyai rentak baik dan yang beraksi dengan baik dan memberikan saya kesukaran, yang mana selalunya bagus untuk mendapatkan ujian seperti ini.”

Pemenang itu berkata dia memerlukan masa untuk mengubah semula selepas kembali ke permukaan keras dalam dewan buat kali pertama sejak November yang lalu.

“Pertandingan terakhir saya beraksi dalam dewan adalah tahun lepas di London, sebab itu mengapa ia selalu sukar untuk memulakannya.”

Dua lagi pemain pilihan menyertai Djokovic pada pusingan ketiga selepas bye pusingan pertama.

Pemenang Terbuka Perancis, Stan Wawrinka menewaskan Bernard Tomic dari Australia 6-3, 7-6 (8-6) sementara pilihan kelapan dari Sepanyol, David Ferrer bermula dengan mencatatkan kemenangan 6-2, 6-2 ke atas Alexandr Dolgopolov.

Pada pusingan pertama, Edouard Roger-Vasselin mengatasi 29 aces dan 56 kemenangan dari Ivo Karlovic bagi mencatatkan kemenangan 4-6, 7-6 (7-1), 7-6 (7-5). Jeremy Chardy dari Perancis menewaskan pesaing, Lukas Poille 3-6, 6-3, 6-2.

ARTIKEL YANG SAMA