Djokovic buru Golden Master

Djokovic buru Golden Master

CINCINATI, 23 Ogos (Reuters) – Pemain pilihan utama Novak Djokovic dan juara bertahan Roger Federer mara ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka Western & Southern dengan gaya berbeza kelmarin bagi memperlihatkan kembali perlawanan akhir Wimbledon mereka.

Pemain dari Serbia Djokovic, yang mana telah menewaskan Federer dalam perlawanan akhir Wimbledon buat kali kedua bulan lepas, mengerahkan seluruh tenaganya untuk menewaskan pemain dari Ukraine Alexandr Dolgopolov 4-6 7-6(5) 6-5 sementara Federer pemain pilihan kedua menewaskan pemain pilihan ketiga Andy Murray 6-4 7-6(6).

Djokovic, yang memerlukan satu kemenangan hari ini akan menjadi pemain pertama untuk meraih kesemua sembilan kejuaraan ATP Master, tewas pada set pertama namun berjaya melepaskan diri pada tie break di set kedua di Cincinati sekali gus memadamkan rentak permainan Dolgopolov pada set seterusnya.

Dalam tiebreak itu, Djokovic hanya dua mata dari ambang kekalahan pada 4-5 namun berjaya bangkit dan menemui jalan melepaskan diri, memenangi set kedua dengan pukulan forehand rentas gelanggang.

“(Djokovic) hanya bermain lebih berhati-hati pada mata penting. Anda perlu mengalahkannya dan mengambil risiko,” kata Dolgopolov.

Djokovic selepas memenangi perlawanan tersebut menentang Dolgopolov. – Reuters
Djokovic selepas memenangi perlawanan tersebut menentang Dolgopolov. – Reuters

“Saya sangat percaya saya boleh menang dan permainan saya cukup untuk mengalahkannya. Ia hanyalah situasi tersebut. Anda tahu, hanya beberapa mata itu boleh merubah segala-galanya.”

Djokovic kemudian mematahkan servis Dolgopolov dua kali dalam perjalanannya memenangi perlawanan itu dalam masa dua jam, 20 minit dan meningkatkan rekod kemenangannya 5-0 ke atas pemain Ukraine itu.

Melengkapkan set kejuaraan ATP Master bukanlah satu tugasan mudah buat Djokovic dengan juara enam kali Cincinati Federer menjadi penghalangnya.

Pemain Switzerland itu bermula dengan pantas menentang Murray, mendapati mata pematah dalam perlawanan ketiga perlawanan itu dalam memenangi set kedua dalam 38 minit dengan pukulan forehand winner menuju ke garisan.

Kedua-dua pemain mempertahankan servis mereka bagi menghasilkan pusingan tiebreak pada set kedua, di mana Federer berjaya menyudahkan mata kemenangan kedua bagi memenangi perlawanan tersebut.

Kemenangan tersebut bermakna persaingan terbaru Federer-Djokovic, terikat dengan 20 kemenangan masing-masing.

Perlawanan itu merupakan pertemuan kelima mereka pada tahun ini, dengan Federer memenangi pada gelanggang keras Dubai dan Djokovic memenangi tiga perlawanan seterusnya di Indian Wells, Rome dan Wimbledon.

ARTIKEL YANG SAMA