Djokovic buru Wimbledon keempat

Djokovic buru Wimbledon keempat

LONDON, 26 Jun (AFP) – Setelah memenangi Terbuka Perancis, Novak Djokovic kini memburu gelaran Wimbledon ketiga berturut-turut untuk melangkah lebih hampir dalam kalendar pertama Grand Slam dalam tempoh 47 tahun.

Pemain nombor satu dunia itu, 29, juara di Wimbledon pada 2011, 2014 dan 2015 menjadi mesin Slam yang tidak dapat dihentikan.

Kejayaannya ke atas Andy Murray di Paris memberikannya 12 kemenangan utama, yang hanya ketinggalan dua dari kejayaan Rafael Nadal dan lima di belakang 17 rekod yang dicatatkan Roger Federer.

Tetapi Nadal tidak beraksi dalam Wimbledon tahun ini, yang masih merawat kecederaan pergelangan, sementara juara tujuh kali All England Club, Federer belum mencatatkan kejayaan utama dalam tempoh empat tahun.

Pemain nombor dua dunia, Murray, juara Wimbledon pada 2013, masih menjadi pesaing serius Djokovic tetapi bintang dari British itu mencatatkan rekod 10-24 menetang pasukan dari Serb.

Djokovic yang kini sudah berada di Wimbledon menjalankan latihan rutin hariannya. – AFP
Djokovic yang kini sudah berada di Wimbledon menjalankan latihan rutin hariannya. – AFP

Djokovic memenangi 13 dari 15 pertemuan terakhir mereka dan dikalahkan oleh Murray pada Slam sejak Wimbledon tiga tahun lalu.

Djokovic sebelumnya memenangi empat kejuaraan dan menyasarkan untuk menjadi lelaki pertama sejak Rod Laver pad 1969 untuk melengkapkan Grand Slam, kejayaan yang hanya dicapainya tiga kali dalam sejarah sukan itu.

“Saya tidak mahu ia berbunyi seperti angkuh, tetapi saya rasa segalanya dapat dicapai dalam kehidupan,” kata Djokovic, yang dilihat berada di bwah tekanan untuk berada dalam persaingan Wimbledon di mana dia bermula pada Isnin menentang pemain nombor 177 dunia dari Britain, James Ward.

Diantara kedudukan itu dan hujan minggu ini, dia bergambar bagi ‘selfie’ di bawah tanah London, dengan gembira memilih pengangkutan awam biarpun menjadi lelaki pertama untuk melepasi kejayaan hadiah wang AS$100 juta di Roland Garros.

“Saya cuba untuk menceriakan masa ini. Sama ada atau tidak saya boleh mara ke kalendar slam, masih terdapat kemungkinan.”

Djokovic mara ke suku akhir pada setiap Slam sejak penyingkiran pusingan keempat pada Terbuka Perancis 2009.

Dia adalah lelaki pertama sejak Jim Courier pada 1992 untuk memenangi Terbuka Australia dan Perancis berturut–turut.

Walaupun Federer dan Nadal gagal mencapai kejayaan itu sama seperti, dua pemain hebat itu juga gagal dalam beberapa percubaan bagi menguasai kalendar.