Djokovic cuba bangkit

Djokovic cuba bangkit

LONDON, 24 Jun (AFP) – Tiga minggu selepas kekecewaan dalam Terbuka Perancis, Novak Djokovic kembali untuk mempertahankan gelaran Wimbledon dan membuktikan parut kecewanya dari Paris telah sembuh.

Pemain nombor satu dunia itu kekal di luar tumpuan sejak kekecewaan Roland Garros kepada Stan Wawrinka yang menamatkan usaha terbarunya untuk melengkapkan Grand Slam.

Begitu juga dengan aktiviti media sosialnya telah dikurangkan lebih separuh dengan hanya satu posting dalam Twitter yang menunjukkan beliau berlatih di atas gelanggang rumput.

Biarpun profil rendah, pesaingnya tidak meragui bahawa pemain dari Serbia itu akan meningkat bagi mempertahankan mahkota Wimbledon seperti pada 2011 apabila dia memenangi gelaran itu di London.

“Saya pasti selepas kekalahan Terbuka Perancis dia mahukan lebih lagi, dia mahu kembali dan memenangi sesuatu yang besar seterusnya,” kata Wawrinka.

Djokovic memberikan tanda bagus selepas tewas kepada Wawrinka di Terbuka Perancis 7 Jun lalu. – Reuters
Djokovic memberikan tanda bagus selepas tewas kepada Wawrinka di Terbuka Perancis 7 Jun lalu. – Reuters

Juara tujuh kali Wimbledon, Roger Federer yang dikalahkan Djokovic pada final 2014, juga menyaksikan pemain Serbia itu sebagai pilihan. “Dia juara, pemain nombor satu dunia dan beraksi dengan baik di atas gelanggang rumput,” kata Federer.

Kekalahan Djokovic kepada Wawrinka di Paris merupakan kekalahan ketiganya dalam 44 pertandingan tahun ini. Dengan Terbuka Australia sudah dimenanginya, kekalahan itu juga menamatkan peluangnya untuk menjadi lelaki ketiga dalam sejarah – dan yang pertama sejak 1969 – berjaya melengkapkan kalendar Grand Slam.

Kekecewaan di Paris sebelum ini berkesan sebagai pemberi semangat yang memihak kepadanya. Kekalahannya pada separuh akhir 2011 kepada Federer di Roland Garros menamatkan 41 kemenangan berturut–turut tahun ini.

Bagaimanapun, hanya empat minggu kemudian, dia menewaskan Rafael Nadal untuk menyelamatkan kemenangan Wimbledon dan meneruskan kejayaan dengan Terbuka AS.

ARTIKEL YANG SAMA