Djokovic dapat pas percuma

Djokovic dapat pas percuma

NEW YORK, 1 Sept – Novak Djokovic mara ke pusingan 32 terakhir bagi kali ke-33 berturut–turut tanpa memukul bola semalam sementara bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki menamatkan kesukaran yang menjejaskan kerjayanya.

Pilihan utama Djokovic diberikan kemenangan apabila Jiri Vesley dari Republik Czech menarik diri daripada persaingan pusingan kedua mereka kerana mengalami radang di lengan kirinya.

Nasib Vesely itu dialu-alukan bagi pilihan utama Djokovic yang memerlukan rawatan di lengannya dalam kemenangan pusingan pertamanya ke atas Jerzy Janowic.

Pemain kidal, Vesely menewaskan pemain dari Serbia itu di Monte Carlo Masters pada April lalu.

Djokovic akan menghadapi sama ada Guido Pella dari Argentina atau Mikhail Youzhny dari Rusia esok bagi merebut tempat ke 16 pemain terakhir.

Djokovic ketika beraksi pada perlawanan pusingan pertama Terbuka AS baru-baru ini.
Djokovic ketika beraksi pada perlawanan pusingan pertama Terbuka AS baru-baru ini.

“Saya berasa kecewa buat sekarang,” Vesely, 32, yang juga dipaksa menarik diri dari suku akhir di Winston-Salem minggu lalu atas kecederaan yang sama.

“Saya bersedia untuk menentang Novak, saya tidak mempunyai sesuatu yang dikesalkan.”

Wozniacki, tempat kedua di New York pada 2009 dan 2014 tetapi tercicir ke tangga ke 74 dunia selepas semusim terjejas dengan kecederaan buku lali kanan, menewaskan juara tahun 2004, Svetlana Kuznetsova 6-4, 6-4.

Pemain dari Denmark itu bangkit setelah ketinggalan 0-4 pada set pertama untuk merekodkan kemenangan ketujuh dalam lapan pertemuan dan ketiga di New York ke atas pilihan kesembilan dari Rusia.

“Saya berhenti melihat ke arah ranking dunia apabila saya terkeluar dari 10 tangga teratas,” kata Wozniacki apabila ditanya bagaimana dia meningkatkan semangatnya ketika kecicirannya baru–baru ini.

Persaingan Wozniacki seterusnya adalah Monica Niculescu dari Romania.

Pilihan ketujuh dari Itali, Roberta Vinci, dikalahkan oleh pesaing Flavia Pennetta dalam persaingan akhir tahun lepas, menewaskan Christina McHale dari Amerika Syarikat (AS) 6-1, 6-3.

Pemain itu, 33, beraksi di Flushing Meadows bagi kali ke 14, berdepan dengan Carina Witthoeft dari Jerman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA