Djokovic duta muhibbah baru UNICEF

Djokovic duta muhibbah baru UNICEF

NEW YORK, 27 Ogos (AFP) – Juara tenis dunia, Novak Djokovic menjadi duta muhibbah baru Tabung Kanak–Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) semalam bersama beberapa atlet dan selebriti yang memegang jawatan tersebut.

Pemain dari Serbia berusia 28 tahun itu yang membesar ketika Perang Balkan, sudah bertugas untuk membantu kanak–kanak yang terjejas menerusi peranannya sebagai duta muhibbah UNICEF Serbia dan Yayasan Novak Djokovic.

“Saya merasa gembira untuk menjadi duta muhibbah UNICEF dan meneruskan bantuan bagi membantu mempertahan dan mendukung hak kanak–kanak dan memberikan akses kepada penjagaan zaman awal dan perkembangan setiap kanak–kanak perempuan dan lelaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Djokovic, yang dilahirkan di Belgrade pada 1987 sebelum Perang Balkan meletus, menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Serbia. Dia pernah berkata dalam acara sebelumnya bahawa tenis adalah satu anugerah.

Dia memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat UNICEF di New York di mana bergantung pada bantuan keluarganya ketika peperangan dan krisis ekonomi menjadikannya lebih kuat dan menghargai nilai–nilai dalam kehidupan.

Djokovic (kanan) dan Presiden Kumpulan Bank Dunia, Jim Young semasa sidang akhbar UNICEF New York semalam. – AFP
Djokovic (kanan) dan Presiden Kumpulan Bank Dunia, Jim Young semasa sidang akhbar UNICEF New York semalam. – AFP

“Malangnya di negara saya dan dalam banyak kawasan pedalaman di seluruh dunia, kanak–kanak hidup dalam keadaan seperti itu di mana mereka tidak bersemangat untuk menyemai impian,” dia memberitahu wartawan.

Ayah kepada seorang anak yang berpakaian sut, tali leher hitam dan baju putih itu bercakap mengenai perkadaran rendah kanak–kanak yang pergi ke pra sekolah atau menghadiri program pra sekolah di Serbia.

“UNICEF telah memberi inspirasi kepada yayasan saya untuk menentukan misi bekerja demi pembangunan awal kanak-kanak,” katanya.

Dalam kenyataan yang diagihkan oleh UNICEF, dia berkata tahun-tahun awal dalam kehidupan adalah penting untuk perkembangan kanak–kanak.

ARTIKEL YANG SAMA