Djokovic, Federer bakal bertemu di separuh akhir

Djokovic, Federer bakal bertemu di separuh akhir

LONDON, 24 Jun (AFP) – Juara bertahan, Novak Djokovic dan juara sebanyak tujuh kali, Roger Federer diundi untuk bertemu di peringkat separuh akhir saingan tenis Wimbledon tahun ini yang bermula pada Isnin.

Djokovic yang juga pemain nombor satu dunia dan semakin hampir merangkul semua kejuaraan Grand Slam dalam semusim, sebelum ini menewaskan Federer dalam dua final terakhir di All England Club.

Dengan undian itu, bermakna pilihan kedua kejohanan yang juga juara 2013, Andy Murray diundi untuk bertemu pilihan keempat kejohanan, Stan Wawrinka dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Gambar fail – Djokovic ketika bertemu Federer dalam perlawanan akhir Wimbledon tahun lepas. – AFP
Gambar fail – Djokovic ketika bertemu Federer dalam perlawanan akhir Wimbledon tahun lepas. – AFP

Aksi Federer tahun ini pula nampaknya hambar apabila tidak memenangi sebarang gelarani, dan baru-baru ini beliau juga tewas dengan pemain muda Alexander Zverev di gelanggang permukaan rumput Terbuka Halle.

Sudah tentu pilihan pemenang jika kedua-dua atlet ini bertembung berpihak kepada Novak Djokovic memandangkan dia pemain nombor satu dunia dan kelihatan tidak akan dapat ditewaskan melainkan kempennya terjejas dengan kecederaan.