Djokovic, Federer terus mara

Djokovic, Federer terus mara

MELBOURNE, 22 Jan (Reuters) – Novak Djokovic meneruskan kempennya di Kejohanan Terbuka Australia apabila menewaskan Andreas Seppi 6-1, 7-5, 7-6(6) dalam pusingan ketiga dan berpotensi untuk bertemu dengan Roger Federer di separuh akhir.

Pemenang lima kali Terbuka Australia itu dengan mudah mendahului Seppi 5-0 pada set pertama, yang menewaskan Federer dalam empat set pada peringkat yang sama tahun lepas, kemudian berjaya mempertahankan servisnya walaupun Djokovic menang set pertama dengan hanya 25 minit.

Seppi, bagaimanapun, kemudian menemui semula aksi yang dipamerkannya ketika menewaskan Federer tahun lepas dan pada set kedua mula memberikan tentangan hebat kepada Djokovic dengan beberapa pukulan winner kencang.

Namun Djokovic yang kini pemain nombor satu dunia bukanlah lawan yang mudah untuk ditewaskan apabila dia berjaya mematahkan servis Seppi di set kedua dan memenangi permainan seterusnya 7-5.

Kedua-dua mereka nampak sama hebat pada set ketiga apabila berjaya mempertahankan servis masing-masing hingga memerlukan tie break, bagaimanapun pengalaman yang ada pada Djokovic membuahkan hasil untuk memenangi tie break itu 8-6 dan sekali gus memenangi perlawanan.

Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dan ketiga dunia Roger Federer masing-masing menang dalam perlawanan pusingan ketiga Terbuka Australia, kelmarin. - Reuters
Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dan ketiga dunia Roger Federer masing-masing menang dalam perlawanan pusingan ketiga Terbuka Australia, kelmarin. – Reuters

Djokovic seterusnya akan bertemu pemain pilihan ke-14 Gilles Simon dari Perancis di pusingan keempat.

Sementara itu, Roger Federer menghadapi tentangan hebat daripada Grigor Dmitrov pada set kedua sebelum menewaskan pesaing dari Bulgaria itu dengan 6-4, 3-6, 6-1, 6-4 untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Australia dan memenangi kemenangan ke-300 dalam saingan grand slam.

Meskipun gaya mainan seakan sama dengan Federer, Dmitrov bermain tenis yang menakjubkan untuk mengambil satu set, namun tidak mengekalkan cara permainan sebegitu di bawah Arena Rod Laver yang tertutup.

Federer, bagaimanapun, meningkatkan gaya permainannya dengan membalas pukulan forehand kencang daripada pemain Bulgaria yang diberi nama panggilan ‘Baby Fed’.

Mematahkan servis awal pada set terakhir, juara empat kali itu menamatkan perlawanan itu dengan pukulan forehand kencang untuk membuat pertemuan dengan seorang lagi pemain muda berbakat dari Belgium David Goffin.